Dewan Undangan Negeri Johor

Dewan Negeri Johor (Tulisan Jawi: ديوان نڬري جوهر) terdiri daripada 56 kawasan Dewan Undangan Negeri. Pemilihan ADUN dibuat semasa pilihan raya umum atau pilihan raya kecil yang diadakan di dalam tempoh sepenggal (5 tahun). Dewan Negeri Johor dinaungi oleh Baginda Sultan Johor sebagai Ketua Negeri. Speaker atau Yang Dipertua Dewan Negeri Johor yang terkini ialah Suhaizan Kayat. Kesemua ahli-ahli politik bagi Dewan Negeri Johor bersidang di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor.[1] Berdasarkan Undang - Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895 Bahagian 2 Fasal 2, pembukaan rasmi Dewan Negeri Johor dilakukan oleh Sultan pada setiap pertengahan tahun di Bangunan Sultan Ibrahim. Dewan Negeri yang hendak bersidang mestilah mempunyai bilangan Ahli mengikut jumlah kawasan Dewan Undangan Negeri (56 bagi  penggal sekarang), yang termasuk seorang Speaker, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) dan Ahli Dewan Negeri.

Dewan Undangan Negeri Johor

Timbalan Yang di-Pertua
YB Gan Peck Cheng, PH-DAP
sejak 28 Jun 2018
Ketua Pembangkang
Aminolhuda Hassan, PH-AMANAH
sejak 31 Mac 2020
Dewan Dewan negeri
Pilihan raya terakhir 9 Mei 2018
Setiausaha
YBhg Hajah Shubanah Yusuf
Sultan
Kumpulan politik
Yang di-Pertua
YB Suhaizan Kayat, PH-AMANAH
sejak 28 Jun 2018
Menteri Besar
YAB Hasni Mohammad, BN-UMNO
sejak 28 Februari 2020
PH      Pakatan Harapan (27/56)
Ahli 56
PN      Perikatan Nasional (29/56)
Jenis
Satu dewan